Garis masa Pandemik COVID-19 di Burkina Faso

2020

Pada 9 Mac 2020, Menteri Kesihatan Burkina Faso, Claudine Lougue telah mengesahkan dua kes pertama positif COVID-19 di Burkina Faso, melibatkan satu pasangan suami isteri yang kembali dari Perancis.[1]

Sebanyak 6,707 kes telah dicatatkan pada tahun 2020 dengan 85 kematian serta 5,100 kes yang telah disahkan sembuh.[2]

  • Pada 12 Disember 2020, 315 kes baharu telah dikesan sekaligus menjadi kes baharu harian tertinggi dalam tahun 2020.[2]
  • Pada 8 April dan 29 Disember 2020, sebanyak empat kematian baharu direkodkan dalam sehari sekaligus menjadi kematian baharu harian tertinggi dalam tahun 2020.[2]
  • Pada 24 Disember 2020, sebanyak 1,735 kes sedang dirawat sekaligus menjadi kes yang sedang dirawat tertinggi dalam tahun 2020.[2]